epp

3 Cara Beli Emas Public Gold

May 25, 2020



1. Kalau nak mula simpan dengan akaun emas, rujuk harga paling atas ada tertera GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

Nak mula RM100 dapat 0.5682 gram, seeloknya mulakan dengan genap 1 gram. (Rujuk harga terkini di www.publicgold.com.my)

Terpulang dengan diri nak simpan berapa kerap, ada orang 1 gram sebulan, setiap minggu. Setiap hari pun ada! 

Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kita boleh redeem dalam bentuk emas fizikal pada bila-bila kita kehendaki, asalkan tinggal baki minima 1 gram dalam akaun untuk kekal status aktif. 

Contoh: Abu bercadang nak kumpul 5 gram setiap bulan. Selepas 10 bulan, ada 51 gram dalam akaun emas dan dia nak redeem emas seketul. 

50g keluar bentuk fizikal, 1 gram ditinggal sebagai baki.

Abu hanya perlu bayar premium caj semasa pengeluaran emas fizikal di kaunter Cawangan Public Gold.

2. Beli jongkong emas

Rujuk harga LBMA GOLD BAR

Kalau nak beli, rujuk harga PG SELL ditambah dengan premium caj. 

Nanti satu hari nak jual semula, rujuk harga PG BUY. Jangan la pagi ni beli, esok jual. Confirm la rugi! Haha.

Boleh beli dengan tunai atau ansuran tempoh 4 bulan. Untuk emas seberat 250 gram dan 1 kilogram, boleh bayar ansuran selama 10 bulan.

Harga emas ini berubah setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia. 

3. Beli Dinar emas

Rujuk harga LBMA GOLD - DINAR

Kalau nak beli, rujuk harga PG SELL ditambah dengan premium caj. 

Nanti satu hari nak jual semula, rujuk harga PG BUY. Jangan la pagi ni beli, esok jual. Confirm la rugi! Haha.

Boleh beli dengan tunai atau ansuran tempoh 4 bulan.

Harga dinar emas ini juga berubah setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia. 

1 Dinar - 4.25 gram
5 Dinar - 21.25 gram
10 Dinar - 42.50 gram

Mana yang lebih baik?

Berbeza dengan kemampuan individu. Kalau ada tunai lebih dalam tangan, sebaiknya terus beli yang lebih besar gram nya. 

Makin berat, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator harga PG SELL bahagi dengan berat. 

Kalau baru nak mula disiplin kan diri simpan, lebih baik mulakan dengan akaun GAP. Ada soalan, whatsapp saya di sini 011-29440532
Saya bantu anda faham :)

Nur Anis Pauzi
PG 00189345

Tabung Anak

May 05, 2020


CARA SIMPAN 100 GRAM – UNTUK SEORANG ANAK

Saya cadangkan, anda boleh kumpul emas serendah 1 gram setiap bulan bermula dari bulan kelahiran anak anda sehingga umurnya masuk 18 tahun. 

Kiraannya sangat mudah :

- 1 gram X 12 bulan = 12 GRAM SETAHUN
- Hari jadi hadiahkan 1 Dinar Emas: 4.25 gram
- Duit Raya/Angpow: 3 ke 4 gram

Anggaran kasar dalam setahun dapat simpan 20 gram. 

Jika konsisten buat benda sama selama 5 tahun, maka sasaran simpan 100 gram tercapai.

Dan saya tetap percaya, 100 gram pada 17 tahun akan datang tetap akan mewakili nilai kos pendidikan tinggi pada masa itu secara anggaran purata. 


InshaAllah ia cukup.

Pada hari ini, 100 gram bersamaan dengan RM25,500. 

buka akaun

Cara Beli Emas Melalui EPP

May 03, 2020




Baik. Saya jelaskan lebih lanjut mengenai EPP. 

EPP ada 2 iaitu EPP4 dan EPP10. 

EPP4 - bayar selama 4 bulan.

EPP10 - bayar selama 10 bulan. 

EPP 10 hanya terdapat semasa tempoh promosi diadakan. Jadi perlu cepat grab. 
Minimum emas untuk EPP ialah 1 Dinar bersamaan 4.25 gram. 

Untuk pembelian emas secara EPP4 / EPP 10 sila berikan maklumat dibawah:

• Nama Penuh: 

• No Kad Pengenalan:
• Email:
• No Telefon:
• Jenis emas nak dibeli: 
• Bayaran: Tunai / EPP4 / EPP10
• Lokasi Branch PG: 
#Nota:

Invoice akan dihantar ke email anda untuk tujuan pembayaran. 

No akaun Public Gold ada tertera di dalam pdf tersebut. Terima kasih! 

Nur Anis Pauzi 

011-29440532

epp

Apa Beza Akaun GAP & EPP?

May 03, 2020

1. Akaun GAP - Gold Accumulation Program

• Boleh simpan sebanyak mana emas yang nak simpan, minima RM100. 
• Tiada komitmen bulanan, jika skip pembelian untuk satu bulan tu, takde masalah. 
• Boleh semak penyata gram yang terkumpul 24jam di website. 
• Boleh redeem dalam bentuk emas fizikal bila-bila masa di cawangan Public Gold.

2. EPP - Syariah Easy Payment Purchase. 
• Ansuran bulanan untuk emas fizikal selama 4 bulan (EPP4) - minima 1 dinar. 
• Tidak boleh skip payment. 
• Boleh collect emas lepas selesai pembayaran ikut jadual yang ditetapkan. 
• Harga telah dilock pada harga emas semasa. Sekiranya harga naik dalam tempoh EPP, anda masih lagi perlu bayar ikut harga yang telah dilock.
• Guna konsep security deposit dan patuh syariah. Tiada isu gharar @ tidak halal. 
• Jongkong emas yang dibeli boleh disimpan sendiri @ sewa safe deposit box.
Kedua-dua kaedah ada kelebihan masing-masing. Yang penting, pilih mana yang kita selesa dan sesuai ikut bajet 🤗
Eh. Nak pilih dua-dua pun takde masalah okeh 



epp

Pengenalan Easy Payment Purchase (EPP)

May 03, 2020

1. Kaedah beli emas secara ansuran yang patuh syariah


Kini anda boleh senyum kerana Public Gold memperkenalkan kaedah mudah beli emas. Anda bayar 10 bulan. 

Kaedah ini menguntungkan anda sebab anda boleh ‘kunci harga sekarang’ dan buat pembayaran ikut harga sekarang.
Jika harga emas naik di masa hadapan, anda senyum aja sebab anda cuma bayar ikut harga sekarang.

2. Mendapat pengesahan daripada panel syariah Amanie Advisors
Anda boleh beli emas serendah 1 dinar atau serendah 10 gram (untuk jongkong emas).
Emas tersenarai sebagai item ribawi dan transaksi melibatkan emas mesti secara on-spot dan tidak boleh dibayar secara ansuran 
Akan tetapi, belian emas EPP guna kaedah hamish jiddiyah (security deposit)
Setelah habis bayar ikut jadual, baru lah akan berlaku akad jual beli secara on spot @ lani di cawangan Public Gold
Kaedah EPP telah disahkan patuh shariah oleh Syarikat Amanie Advisor yang dipengerusi oleh Dr Mohd Daud Bakar (MDB) 
Tempoh ansuran bagi EPP ialah 4 bulan dan minima emas ialah 1 Dinar
EPP bantu kurangkan beban pembeli yang nak beli emas tetapi tidak mampu untuk bayar dalam amaun yang besar 
EPP sebagai force saving kerana tidak boleh skip bayaran
Sekali buat EPP, mesti akan buat lagi. Tak percaya boleh cuba sendiri 😁
Yup, betul tu. Pengalaman saya sendiri dan ramai lagi yang lain hihi

gap

Pengenalan Akaun GAP

May 03, 2020


Apa itu GAP?

1. GAP - Gold Accumulation Program adalah program pengumpulan emas yang disandarkan dengan emas fizikal. Khusus dari Public Gold. 

2. Ianya patuh  shariah dan orang ramai boleh mula menyimpan serendah RM100. 

3. Setiap kali buat penambahan ia akan terus di ‘convert’ kepada gram emas ikut harga semasa. Bukan dalam RM ya, dalam gram :)

4. Jadi, bila kita nak keluarkan emas, kita boleh pilih nak keluarkan emas ikut berat yang kita dah kumpul dalam akaun emas GAP. 

5. Contoh dalam akaun GAP ada 11 gram. Jadi kita boleh keluarkan 10 gram emas. 

Hanya 1 gram ditinggalkan untuk account GAP kekal aktif. 

6. Banyak pilihan nak simpan emas, cuma pilihla pilihan yang menjimatkan dan sesuai dengan bajet kita.

Saya juga bermula dengan akaun GAP. Masa tu saya simpan 2 gram. Harga segram RM178 je. Dalam masa menyimpan, sentiasa topup ilmu satu persatu dan akan lebih faham. 

Hari ni harga emas Rm255, saya dah untung RM77 segram. Gitu la caranya. Emas ni kita simpan untuk long term, bukannya beli hari ni dan jual. Rugi la hihi

Akaun GAP ni best sebab boleh topup bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Nak beli emas setiap hari pun boleh :D




publicgold

Public Gold ni boleh percaya ke? Hmm

May 03, 2020


Sejak saya mula menerangkan tentang emas, baru lah saya tahu kenapa orang kita kurang beri perhatian terhadap simpanan emas. Mereka takut ditipu. Mereka takut beli emas, tak dapat emas.


Jadi, Public Gold ni boleh percaya ke?



1. Public Gold adalah syarikat emas yang sudah ditubuhkan 11 tahun dahulu pada 23 Mei 2008. Pengasasnya ialah Dato Wira Louis Ng.


2. Sejak saya menyimpan emas dengan Public Gold, alhamdulillah memang betul dapat emas. Tiada isu beli emas, tak dapat apa.


3. Public Gold merupakan satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang mempunyai SIJIL PATUH SYARIAH untuk semua kaedah pembelian. Boleh rujuk posting sebelum ni. 


4. Ada kerjasama dengan syarikat besar dan berpengaruh seperti Pos Malaysia. Kredibiliti dan track rekodnya yang bersih dan telus membuatkan Pos Malaysia bersetuju untuk menjadi rakan niaga Public Gold.


5. Emas di Public Gold mempunyai cop LBMA. Emas taraf LBMA telah dikecualikan SST. Jika tiada SST, tiada mainan kenaikan harga. Sesuai untuk orang yang mahu berjimat dan menyimpan. LBMA = London Bullion Market Association 


6. Di Public Gold, sistem onlinenya adalah 24 jam. Kita boleh rujuk laman web www.publicgold.com.my untuk melihat harga emas yang berubah setiap hari. Untuk makluman anda, harga emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit dan dikuatkan dengan sistem Oracle.


7. Public Gold adil dengan semua. Harga agen dan customer biasa adalah sama. Bezanya, dealer ada komisyen untuk setiap belian peribadi dan introduce kepada rakan-rakan dan famili.


8. Mesra pengguna. Dengan modal serendah RM100 saja, semua orang boleh mula memiliki emas sendiri. 


9. Mempunyai seminar dan ILMU EMAS FREE. Lebih 100 seminar tentang emas di seluruh Malaysia. Ada seminar emas mingguan di seluruh cawangan yang dipanggil Branch Weekly Meeting (BWM). 


10. Syarikat emas Public Gold mempunyai Muzium Emas sendiri di Penang. Di sini anda berpeluang untuk mengutip pengalaman mendulang emas dan memegang jongkong emas seberat 50 kilogram.



PG Gold Museum (George Town) - 2020 All You Need to Know BEFORE ...

You & i Homestay: Muzium Emas PG Pulau Pinang (PG Gold Museum)

gap

RM100 Bajet Simpan Emas. Cukup ke?

May 03, 2020



“Betul! Korang boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100!” 



Saya selalu rekomen kepada mereka yang berminat nak simpan emas, tapi bajet terhad melalui akaun emas Public Gold dipanggil #GoldAccumulationPlan (GAP).


Jumlah kecil saya maksudkan antara RM100 ke RM200 setiap bulan. Ini antara kelebihan-kelebihan beli emas melalui akaun emas GAP:


1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa (Hari ini 3/5/2020: RM255/gram).


2. Boleh simpan emas di cawangan Public Gold secara percuma. Boleh top-up bila-bila masa sahaja melalui online dan tiada had jumlah emas yang dibeli.


3. Yuran simpanan adalah PERCUMA dan tiada tarikh luput.


4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.


5. Boleh redeem emas dalam bentuk fizikal seringan 1 gram sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.


6. Boleh redeem semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.


7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan status akaun aktif cuma 1 gram.


8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual semula pun secara online. Kini ada option Ar-Rahnu untuk akaun GAP.


9. Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga ada.


10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.


Hantar maklumat di bawah kepada saya sekarang untuk buka akaun:
Nama penuh:
No. K/P:
Emel:

No. fon:
Introducer : Nur Anis Pauzi (PG 00189345)



publicgold

Public Gold Assayer

May 03, 2020




Gold Assay - (n) a process to measure purity of items containing gold. The process of gold assaying is a way to ensure that gold coins or gold bullion bars produced by a gold mint meet the correct purity standards and content.

Jadi gold assayer - orang yang bertanggungjawab mengesahkan ketulenan emas tu. 
Di Public Gold, En Abdul Shukor ialah orangnya yang memastikan emas keluaran kami menepati ketulenan. Emas yang disahkan oleh Assayer laku untuk dijual atau gadai di seluruh dunia. 



publicgold

Kelebihan Emas Public Gold

May 03, 2020


1. Reputasi yang tinggi.
Diterima gadaian di semua Arrahnu termasuk Arrahnu Terbesar di Malaysia iaitu Arrahnu Pos Malaysia, Bank Co-op, Agrobank dan Bank Rakyat.


2. Banyak pilihan ikut kesesuaian bajet
Bermula emas fizikal serendah 0.5 gram sehingga 1 kg (1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 1 Dinar, 5 dinar, 10 Dinar, 50 gram, 100 gram).
Boleh beli emas secara ansuran selama 4 bulan (empat kali bayar), dah habis bayar baru dapat emas. Patuh syariah okei 😁
Pengumpulan emas melalui akaun GAP amat memudahkan pembelian. Boleh mula dengan serendah RM100 dan redeem dalam bentuk emas fizikal.


3. Tiada SST ke atas emas Public Gold
Sebab itu emas Public Gold antara emas termurah di Malaysia.
Berbeza dengan beberapa syarikat emas yang lain. Ada yang ditambah 6% GST, kos pengurusan dan sebagainya.

4. Susut nilai kecil
Kebiasaannya jika kita jual semula barang kemas di kedai, harga yang diambil begitu rendah. Susut nilai di kedai biasanya dari 20% hingga 40% dari harga semasa.

Bagi emas Public Gold pula dari 6% hingga 9% bergantung kepada berat emas. Makin berat emas maka semakin kecil susut nilai.

5. Boleh beli / jual 24 jam
Pembelian boleh dibuat bila-bila masa 24 jam sehari. Place order secara online dan buat pembayaran, esok harinya anda terus collect emas fizikal di cawangan Public Gold yang terdekat.

6. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
Saya kira hampir semua negeri ada cawangan Public Gold termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini memudahkan proses pengambilan emas serta mendapatkan maklumat terkini mengenai emas Public Gold ini. Semak cawangan terdekat dengan anda di sini https://www.publicgold.com.my/index.php/branch


Ini antara kelebihan menyimpan emas Public Gold. Ada banyak lagi sebenarnya yang saya tidak nyatakan di sini.
Walaubagaimanapun, jika mahu mendapatkan info lebih mengenai simpanan emas Public Gold ini, dan bagaimana caranya untuk tuan-tuan membelinya, tuan-tuan boleh terus tanya saya di talian  011-29440532. 
Semoga bermanfaat!

publicgold

Apa itu Caj Premium?

May 03, 2020


Apa itu caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya kos Public Gold menghantar emas dari HQ di Pulau Pinang ke seluruh cawangan untuk mudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold (serta cawangan Pos Ar-Rahnu) terdekat seluruh Malaysia, Singapore atau Indonesia.

Rate caj premium: 


shariah

Public Gold disahkan Patuh Shariah

May 03, 2020


Syarikat yang mengesahkan dan memberikan status jual beli emas patuh shariah ialah Amanie Advisors Sdn. Bhd yang dipengerusikan oleh Dr Daud Bakar. 

Dr Daud Bakar juga merupakan Chairman Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia (SAC) & Presiden UIAM. 

Profil rasmi Dr Daud Bakar : 



Majlis Menandatangani Pengesahan Patuh Shariah : 




Pengesahan patuh shariah outright purchase, easy payment purchase & buyback products:




Pengesahan patuh shariah Gold Accumulation Program (GAP): 

Wallahua'lam. 


shariah

Hukum Jual Beli Emas dalam Talian

May 03, 2020



Soalan:

Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukum jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkan emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.

Jawapan:

Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):

Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan), jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:

1. Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat.

2. Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.

Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.

Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.

Dalil bagi kes ini ialah hadith daripada Ubadah RA yang dinyatakan sebelum ini:

فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya: “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan dengan tangan dengan tangan.”

Riwayat Muslim (4147)

Apa yang dimaksudkan dengan barang-barang dalam hadith ini ialah barangan berunsur riba yang dinyatakan oleh hadith-hadith dan yang seumpama dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza dalam hadith ini ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual.

Apa yang dimaksudkan dengan “juallah mengikut kehendak kamu” ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

Timbul persoalan, apakah penyerahan barang itu mesti dibuat secara fizikal atau boleh dengan cara maya seperti melalui akaun?

Jawapannya, kami berpendapat hukum penyerahan melalui akaun boleh dianggap sebagai satu bentuk penyerahan yang diterima. Ini berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:

“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.

Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (ms. 81)

Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami bagi Rabitah al-Alam al-Islami kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H membincangkan isu taqabudh hakiki dan hukmi memutuskan bahawa dokumentasi transaksi dalam bentuk resit dan rekod akaun boleh diterima sebagai salah satu bentuk taqabudh yang sah dan diterima dalam Islam.

Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna.

Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini.

Wallahua’lam.



ilmu asas emas

3 Tujuan Utama Beli Emas

May 03, 2020



(1) FORGOTTEN SAVING


Saya jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Saya rasa simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah 'tangan yang gatal' menyentuh wang simpanan dari dibelanjakan pada perkara yang kurang penting.




(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN



Bila saya faham teori "1 dinar bersamaan 1 ekor kambing", saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. 1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan "kekal".



(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI



Bila memiliki emas, kita tak terikat dengan sesiapa. 100% di dalam kawalan kita. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. 


Dan nilainya berdiri dengan sendirinya.


Tiada sesiapa yang boleh rampas dan membekukan kekayaan itu. Hatta kalau jatuh bangkrup pun, ia masih milik kita. Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja. 


Dengan memiliki emas, saya rasa BEBAS dari kongkongan sesiapa.


Itulah 3 sebab utama kenapa saya simpan emas.


Walaupun 3 sebab itu, pada saya emas hanyalah satu daripada banyak alat kewangan. 



Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.

publicgold

Beza Emas Public Gold dengan Kedai Emas

May 03, 2020


1. Public Gold fokus pada emas fizikal khusus untuk simpanan dalam bentuk jongkong (goldbar) dan koin emas. 


2. Harga juga jauh berbeza. Public Gold satu-satunya syarikat yang jual emas ikut pergerakan harga dunia. Setiap hari pukul 12 a.m harga emas Public Gold akan dikemaskini di website. Manakala harga bagi jongkong emas akan dikemaskini setiap 20 minit. 



3. Faktor utama orang ramai beli emas Public Gold adalah disebabkan susut nilai. Katakan satu hari nanti anda nak jual semula emas di kedai, taukey akan tolak sekurang-kurangnya 30% dari harga semasa (termasuk emas mereka jual).Di Public Gold susut nilai cuma 6% hingga 9% dari harga semasa. 



4. Jikalau anda nak beli emas perhiasan, Public Gold juga ada alternatif. Harga emas yang kompetitif serta design yang terkini di website PG Mall. 



5. Kesimpulannya, ada 2 tujuan utama orang ramai beli emas iaitu sebagai perhiasan (barang kemas) dan simpanan (jongkong dan koin emas).



Pandangan peribadi saya, sekiranya anda suka beli barang kemas tapi jarang pakai atau memang saja beli sebab nak tukarkan wang tunai kepada barangan kemas, ada baiknya membeli emas di Public Gold kerana susut nilai yang jauh bezanya :)


Belum kira lagi kalau barang kemas tu calar atau kemek, lagi la tauke kedai kurangkan harga. Hihi. Nak selamat simpan aje la dengan Public Gold :D


Nur Anis Pauzi (PG00189345)

011-29440532




ilmu asas emas

Realiti Pelaburan Emas

May 03, 2020


Pelaburan emas bukan terus boleh jadi kaya. Sebab tu saya bagitau, ni adalah pelaburan jangka masa panjang. Ia tak boleh selesaikan segala masalah kewangan. Emas cuma salah satu alternatif dari bermacam jenis "tools" kewangan. 


Jangan salah faham tentang emas. Kita kena realistik. Bagi saya, kelebihan pada emas berbanding pelaburan lain ialah kekayaan kita lebih bertahan daripada;



(1) kebocoran wang sebab masalah disiplinkan diri menyimpan wang dan mengekang nafsu berbelanja,


(2) susut kekayaan akibat kadar inflasi naik berterusan setiap tahun,


(3) hilang kekayaan akibat bencana kewangan seperti kejatuhan nilai matawang dan keruntuhan sistem kewangan.


ilmu asas emas

8 Kriteria dalam Memilih Emas Terbaik

May 03, 2020



Jangan sesekali beli emas tanpa baca nota ini terlebih dahulu. Anda mesti ada tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan awak nak simpan emas? 
– Adakah ia untuk simpanan kecemasan peribadi atau syarikat berjumlah 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. 

Atau awak nak rawat kebocoran simpanan. 10% gaji dalam gram emas tiap blan.

Berapa gram untuk capai tujuan? 
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas. Sendiri tentukan ikut matlamat di atas.

Berapa lama nak capai sasaran? Mesti ada timeframe. 
– misalnya 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman saya dalam bidang emas:

8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council. 

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus. Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga belian: Rujuk PG SELL
Harga jual semula: Rujuk PG BUY

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. Dan harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!

Untuk harga akaun emas GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli. Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas  bukan dikategorikan sebagai item tujuan simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada GST/SST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) dikecualikan cukai.

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima hampir di semua institusi gadaian ArRahnu yang besar seperti Pos Arrahnu, Agrobank, Bank Koperasi, Bank Rakyat dan Bank Muamalat.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak? Ke cuma ada satu cawangan je kat Malaysia.

Boleh je kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

Cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. 

Harga jualan semula rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold.

Okei jelas tak setakat ni? Yang penting, nak buat apa-apa, mulakan dengan ilmu :)


ilmu asas emas

Mengapa Simpan Emas?

May 03, 2020


Okei saya akan ceritakan apa sebab saya pilih instrumen emas sebagai platform simpanan. Baca sampai habis tau :)


1. Sebenarnya sama je dengan simpanan wang dalam akaun bank. Bezanya saya simpan dalam bentuk aset emas fizikal. Dalam bank dalam bentuk kertas.



2. Wang kertas tak dapat kekalkan kuasa beli. Setiap tahun nilainya merosot disebabkan inflasi. Mudah kalau nak faham, nilai RM50 hari ini dengan 10 tahun lepas tak sama. 5 tahun akan datang pun kita tahu, nilainya akan tetap jatuh. Setuju bukan?



3. Emas pula memang ada turun naik harga, tapi dalam jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Harga emas mahal setiap tahun. Hari ni je kita cakap emas tahun 2000 murah. Masa tu baru RM35 segram. Hakikatnya masa tu, kita pun cakap harga emas mahal! 



Jadi, simpanlah sebahagian portfolio simpanan anda dalam bentuk emas fizikal.



Korang nak tahu lebih lanjut? Nak dapat FREE buku Travelog Emas?  Whatsapp saya segera. Wasap sini 011-29440532 



#anispauzi 

publicgold

Apa itu Public Gold?

May 02, 2020


Dealer Public Gold Muar Melaka - Home | Facebook
contoh kepingan emas di Public Gold 


Anis, boleh terangkan apa itu Public Gold?”

1. Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank atau Public Library. 

2. Seperti kedai Habib Jewel, Public Gold jual logam berharga khusus bagi tujuan simpanan dalam bentuk jongkong dan dinar emas. 

3. Jongkong dan dinar emas bezanya harga per gram lebih murah, susut nilai juga kecil jika dibandingkan dengan barang kemas. Barang perhiasan tidak di anggap sebagai item tujuan simpanan. 

4. Kredibiliti jenama sangat tinggi. Public Gold satu-satunya syarikat emas keluarkan corak khas sempena pertabalan Yang di Pertuan Agong Malaysia sebelum ini. 

5. Emas Public Gold bukan hanya diterima di fasiliti Ar-rahnu di seluruh Malaysia malah juga diterima di Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). 

Oh ya, Public Gold juga ada subsidiary di bawahnya seperti PG Jewel & PG Mall. 

Tak kenal maka tak cinta, dah kenal mulalah menyimpan segera.

Wasap je sini okei (011-29440532)