Pengenalan Akaun GAP
May 03, 2020
Apa itu GAP?
1. GAP - Gold Accumulation Program adalah program pengumpulan emas yang disandarkan dengan emas fizikal. Khusus dari Public Gold.
2. Ianya patuh shariah dan orang ramai boleh mula menyimpan serendah RM100.
3. Setiap kali buat penambahan ia akan terus di ‘convert’ kepada gram emas ikut harga semasa. Bukan dalam RM ya, dalam gram :)
4. Jadi, bila kita nak keluarkan emas, kita boleh pilih nak keluarkan emas ikut berat yang kita dah kumpul dalam akaun emas GAP.
5. Contoh dalam akaun GAP ada 11 gram. Jadi kita boleh keluarkan 10 gram emas.
Hanya 1 gram ditinggalkan untuk account GAP kekal aktif.
6. Banyak pilihan nak simpan emas, cuma pilihla pilihan yang menjimatkan dan sesuai dengan bajet kita.
Saya juga bermula dengan akaun GAP. Masa tu saya simpan 2 gram. Harga segram RM178 je. Dalam masa menyimpan, sentiasa topup ilmu satu persatu dan akan lebih faham.
Hari ni harga emas Rm255, saya dah untung RM77 segram. Gitu la caranya. Emas ni kita simpan untuk long term, bukannya beli hari ni dan jual. Rugi la hihi
Akaun GAP ni best sebab boleh topup bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Nak beli emas setiap hari pun boleh :D
0 comments