3 Tujuan Utama Beli Emas

May 03, 2020



(1) FORGOTTEN SAVING


Saya jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Saya rasa simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah 'tangan yang gatal' menyentuh wang simpanan dari dibelanjakan pada perkara yang kurang penting.




(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN



Bila saya faham teori "1 dinar bersamaan 1 ekor kambing", saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. 1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan "kekal".



(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI



Bila memiliki emas, kita tak terikat dengan sesiapa. 100% di dalam kawalan kita. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. 


Dan nilainya berdiri dengan sendirinya.


Tiada sesiapa yang boleh rampas dan membekukan kekayaan itu. Hatta kalau jatuh bangkrup pun, ia masih milik kita. Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja. 


Dengan memiliki emas, saya rasa BEBAS dari kongkongan sesiapa.


Itulah 3 sebab utama kenapa saya simpan emas.


Walaupun 3 sebab itu, pada saya emas hanyalah satu daripada banyak alat kewangan. 



Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.

You Might Also Like

0 comments