8 Kriteria dalam Memilih Emas Terbaik

May 03, 2020



Jangan sesekali beli emas tanpa baca nota ini terlebih dahulu. Anda mesti ada tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan awak nak simpan emas? 
– Adakah ia untuk simpanan kecemasan peribadi atau syarikat berjumlah 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. 

Atau awak nak rawat kebocoran simpanan. 10% gaji dalam gram emas tiap blan.

Berapa gram untuk capai tujuan? 
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas. Sendiri tentukan ikut matlamat di atas.

Berapa lama nak capai sasaran? Mesti ada timeframe. 
– misalnya 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman saya dalam bidang emas:

8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council. 

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus. Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga belian: Rujuk PG SELL
Harga jual semula: Rujuk PG BUY

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. Dan harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!

Untuk harga akaun emas GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli. Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas  bukan dikategorikan sebagai item tujuan simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada GST/SST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) dikecualikan cukai.

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima hampir di semua institusi gadaian ArRahnu yang besar seperti Pos Arrahnu, Agrobank, Bank Koperasi, Bank Rakyat dan Bank Muamalat.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak? Ke cuma ada satu cawangan je kat Malaysia.

Boleh je kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

Cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. 

Harga jualan semula rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold.

Okei jelas tak setakat ni? Yang penting, nak buat apa-apa, mulakan dengan ilmu :)


You Might Also Like

0 comments